GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, February 1, 2011

MENYELUSURI GALA NITE

Kita berjabat tangan pada pertemuan ini, kita biarkan pelukan silaturrahim sebagai tanggam kukuh antara kita dan kita mengusap air mata,terlalu terharu seakan tidak mungkin bertemu lagi. Kita bercerita tentang memori di masa lalu. Bersenang-senanglah kerana hari ini adalah hari melerai rindu dan akan  menjadi sebuah  kisah klasik untuk  dijadikan sejarah di masa depan seperti masa lalu.

Kita memilih ILHAM kerana ia mampu memberi seribu ilham kepada kita untuk bersama semula. Walaupun kita diletak di daerah bersingan dan dipisah dari wilayah jauh berbeza  namun kita serupa kerana dalam zon kronologi yang sama. Percayalah, tiada apa yang boleh membezakan kita, tiada apa yang boleh mengasingkan kita, dan tiada apa yang boleh memisahkan kita,

Malam itu kita bersenandung dan berhibur dan bercerita, berseloka pantun yang menggamatkan suasana. Setiap kita melahirkan kata-kata nostalgik dalam suasana ceria. Kita cerita tentang erti persahabatan, erti kehidupan dan nilai masa lalu dan masa depan yang kian pendek buat kita. Tidak sedar terlalu lewat kita tamatkan, sebab kita ingin lontarkan pelbagai pengalaman, tapi hampir tiada kesempatan.

Esoknya kita sambung perkongsian pengalaman sambil mencurahkan seloka jenaka yang menceriakan suasana.Kita juga menyorot kisah silam yang kita selusuri setiap liku penuh dengan suka duka dan di kiri kanan pula penuh dengan rajau-rajau yang perlu kita larikan diri daripadanya. Dekahan hilai ketawa terjelma meragut kesunyian apabila seloka jenaka melalui kisah-kisah lalu yang diutarakan kembali. Namun kita juga terhenti seketika, merenung jauh kerana kita akur dengan takdir yang menimpa sahabat kita, terutamanya yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya.

Pada saat-saat perpisahan, seumpama lautan tanpa dihiasi kepulauan lalu,tidak mampu olehku untuk menggenggam bayangan kamu. Terasa amat pilu di hati apabila waktu menyentap rindu kerana kehilangan kamu. Seluas hamparan gurun mataku cuba mencakup kenangan bersama kamu dan aku hanya dapat melihat,hati kamu seakan-akan milik kita bersama. Dapat ku rasakan bahawa pertemuan itu hanyalah pinjaman sementara waktu, lalu dalam waktu yang singkat aku perlu memulangkan.

Bintang di langit hanya mampu bekerlip sebagaimana  bunga yang mekar di waktu pagi, berkembang segar di astaka sanubari dan mataku melihatnya dari jauh kerana itu sahaja yang mampu dilakukan. Tidak dapat ku leraikan kesedihan yang bertakhta dikalbu, satu demi satu air mata ini mengalir seumpama diserang hiba yang tidak menentu. Satu demi satu pula kenangan diimbas tanpa diundang yang terkumpul di fikiran, lalu kian laju titiknya mengalir membasahi pipiku. Sebak berkecamuk di dada seperti cerucuk yang menujah bumi.

My grateful thanks go to all of you due to a big contribution and hard working during the Gala Nite. It would be nothing without the enthusiasm and support from all of you, dear. Though we have been apart, I always believed that life would bring us back together. That hope was a comfort and gave me the patience to wait for the future. As time passed, it is pretty clear that you have drifted further and further away from me. My hope that destiny would bring us back together meant that I never really had to say goodbye.

Toklombago.

9 comments:

  1. Bahaso mu klasik Tok, membuat hati gundah gaulana membaco ea.. kau pun handa cakap omputih sokaghang ni.. tapi buek thesis BI tak abih kan..? Ko memang layak jadi Timbalan Pongorusi.. Tq so much. MSA

    ReplyDelete
  2. Tok Lombago jd pengerusi..tak layak ko Rep.

    ReplyDelete
  3. Layak bobona tipah, ese dgn sonang ati memboghi laluan..bia buek meeting AJK kek gonting se poie yo sok..MSA

    ReplyDelete
  4. Sarep n Tipah.Kandar sangat layak jd pengerusi.Sebonar e semuo antara kita mmg berkebolehan cuma komitment sajalah yang membezakan.Kita banyak tanggungjawab takut tak mampu nak lakukan. Cumo Sarep ado bagitau sei Tok Lembago dio tak bagi jd lmam...tk tau apa pasal Sarep nak tergolak yo...

    ReplyDelete
  5. Goli ati boy, kito dah biaso togolak, sikit2 golak, sikit2 golak totibo yo dio serious boto maso maco Surah Fatihah tu, kau blh tahan ko? hik..hik..kih.. apopun den mintak mahap lah..MSA

    ReplyDelete
  6. sei. dah boghi laluan kek jalil utk jadi imam..dio lak cocopek kamat, maei tolek sei kodopan..sarep lak buek2 lambek yo ambik wudhu' apo laie hayun yolah..tak kan dlm solat pun nak togolak...takut malaikat sobolah ikut togolak..ha. paghah deeh.Tontang jadi pengerusi undian dah dijlnkan. sumo org dah angkek tangan sotuju sarep @ jalil jd. jgn nak dolak dalih laie.. sei dah dapek toklombago dah tontu byk komitmen tu.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Ese mmg takut jadi imam tu yg se lamo yo amik wuduk tu..Maso Nabi saw dulu Baginda ado yo sonyum dlm sembahyang, bilo ditanyo, Baginda bersabda yang bermaksud ketika itu Malaikat tersenyum kepada Baginda..kok se silap Tok Lombago tlg botokan yo.MSA

    ReplyDelete
  9. Wah tok lombago..indah sungguh nyanyian U. Bingkisan yang puitis penuh makna dengan bahasa yang simbolik..saya memang suka membacanya..menghayatinya seolah saya sedang membaca cerpen cinta..berhayal saya seketika..memasuki dunia sastera yang diterajui tok lombago tu. Bila tok lombago gembira saya juga turut suka, bila dia berduka dan menitiskan airmata saya juga terasa hiba. Seolah kita berada dialam fantasi..Tok lombago memang seorang yang berbakat dalam bidang penulisan. Syabas tok..Cara u berkarya lain dari orang lain..pada saya tulisan u mejadi lebih menarik dengan kelainan itu...MD

    ReplyDelete