GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Thursday, February 10, 2011

KINI KU MENJELMA LAGI.......

Assalamualaikum,

Sobolum apa2 saya minta maaf dulu, kerna lamo tak menulis baik di FB atau di Blog, baru2 ni Sdr Wahab dan Mariani bertanyo pd sei kenapa mendiamkan diri, tak dongar2 cito apo2 pun, sobonarnya saya kehilangan idea dan tumpuan, tetapi saya sentiasa mengikuti kwn2 baik di FB atau di Blog, saya hanya mampu membaca saja dan  terhibur dgn cito2 kwn2, tkasih semua.

Oleh kerana MD dan Sdr Tok Perak dah bertanyo maka saya cuba mulokan disini.... 



Sobonar ee saya masih dibelenggu dgn reunion kita tempoh hari, yg rata2 telah berjaya dgn happy ending. Tapi saya berasa sedih dgn satu cerita ini baru2 saja berlaku mengenai satu reunion yg diadakan diantara bekas pelajar2 di salah sebuah sekolah popular (GAH)di Sban ini.

Ceritanya begini, mereka membuat persiapan utk ber-reunion 2-3bulan sebelum tempohnya, mereka telah mengadakan meeting atas meeting berturut2 sehingga sebulan sebelum tempoh semua bekas pelajar2 tersebut bersetuju untuk hadir hampir 40 orang semuanya, sungguh mengembirakan, malangnya pada saat 3-4hari sebelum tarikh hampir setengah dari ahlinya menarik diri.

Pengajur dan AJKnya telah menempah itu dan ini seperti yg telah kita lakukan, disaat akhir tanpa diduga perkara tersebut pun berlaku, dewan dah ditempah, makan dah ditempah segala2nya keperluan yg telah dipersetujui telah diatur dgn pihak tertentu, deposit pun dah dibagi. Pihak AJK telah mendahulukan deposit dan beberapa bayaran telah dibuat, kerana seronoknya utk berunion tak kira kerana sanggup berbuat demikian demi kwn2. 

Akhirnya yg dtg tak sampai suku dr jumlah yg sepatutnya, Sudah tentu yg tarik diri takkan mengeluarkan apa2 saja perbelanjaan, kerana mereka tak dtg.  Sungguh sedih kwn2 saya dpt dgr cerita ini, walau apa pun saya bersyukur keatas reunion yg kita buat tempoh hari berjaya, amat2 berjaya....debaran saya sudah hilangggggg...... timbul satu kegembiraan yg tak terhingga, tkasih kwn2 begitu juga tkasih kepada tetamu kehormat kita, kpd Pengetua, guru-guru yang hadir kemajlis kami tempoh hari. 

Memang kita sebenar-benarnya kawan yg bergelar sahabat yg sanggup berkorban dan bekerjasama, kwn2 memang ikhlas dan berhati murni sehingga apa yg telah dicaturkan berjaya keakar umbi....Tkasih sekali lagi....

Rupanya reunion SMBK69/74, ada yg memerhatikannya, saya ditanyai baru2 ini oleh salah seorang bekas pelajar smbk juga mengenai reunion kita itu, dia mengatakan syabas kpd saya, dan dia sungguh teruja kerana dia yg juga bekas pelajar smbk tak dpt merasai seperti itu, dan saya telah memberi alamat blog kita utk dia lihat dan baca sahaja......

Sekian dulu, dilain masa saya sambung lagi.....

Salam utk semua.................SSAK


5 comments:

  1. Nksdro seorang yg sangat tabah dan gigih ketika menghadapi kesulitan dlm hidup.Dpt menyembunyi kan kesakitan utk melihat org lain gembira.Di wajahnya tidak nampak langsung erti kesedihan, yg dpt dilihat hanyalah kekuatan melaksanakan tanggung jawab, keikhlasan bekerja tanpa mengharap balasan.Pksdro sgt kagum dgn kamu hingga tak sedar di kelopak mata telah basah(Perasaan ini mula tidak menentu bagai diragut-ragut,terlalu sebak,hiba,n sayu) Ya Allah! tambahkan lah kekuatan lagi pd saudaraku ini utk meneruskan perjalanan hidupnya di masa depan.

    ReplyDelete
  2. Allah memilih hanya sebahagian manusia sahaja untuk menerima dugaan dan cubaanNya. Dia memilih hanya orang yang mampu memikul dugaanNya sahaja untuk menerima dugaanNya.Orang yang terduga adalah orang pilihan Allah. Semoga SSAK sejahtera dan berbahagia kerana menjadi pilihan Allah dan Allah memilih kerana Dia mengenali.

    ReplyDelete
  3. MOGA SEGALA PENGORBANAN TERHADAP INSAN TERSAYANG DIBERKATI ALLAH, SABAR DAN REDHA DIATAS UJIAN & KETENTUAN NYA.Insyaallah!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Paksdaro, tkasih sekali lg, jgnlah paksdaro bersedih pulak, doa yg terbaik buat saya, saya takakan mengalah walau sedikit pun, apa2 saya terima dgn tabah....saya tetap bergembira spt mana yg paksdaro lihat saya sebelum ini....ini dugaan kpd diri saya, mungkin org lain, lain pula dugaan mereka yg diturunkan oleh Allah...

    ReplyDelete
  5. Segala dugaan yg d turunkan Allah kpd kita juga merupakan offer Allah yg amat berharga yg tak ternilai dgn wang ringgit utk kita, jika kita redha dan sabar menerimanya.....
    Melihat ketenangan yg ada pd wajahmu, sy yakin anda insyaAllah tabah menghadapi segalanya...sy sebagai sahabat hanya mampu berdoa agar anda d beri kekuatan oleh Allah....sy tahu berat mata memandang lebih berat bahu yg memikul...semoga anda mendapat ganjarannya d kemudian hari nanti....insyaAllah.. SNBN

    ReplyDelete