GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, January 3, 2011

BERBUAL DENGAN ZALI

Salam Kawan2,

Sukar bagi kita untuk mengingati suara rakan-rakan jika telah lama tidak bersua. Tapi kebanyakan kita jikapun pada awalnya tidak mengenali rakan lama yang kita temui, akhirnya setelah berbual seketika kita akan dapat mengecamnya.

Ini terjadi banyak kali kepada saya. Orang akan dapat mengecam dan  mengenali saya melalui suara. Semalam Razali Khamis menghubungi saya, menyatakan dia dan keluarga akan hadir dan perlukan satu bilik untuk bermalam di Ilham Resort.

Saya mencatatkan dalam fb tentang perbualan saya dgn Zali. Suaranya mengancam hehehe..Siti Normah teruja nak tau, macam suara siapa. Manalah saya dapat gambarkan lalu saya kata suara Razali macam suara AC MIZAL. Oooo huhuhu.

"Tunggulah sok ese jumpo dio di PD", kata Siti Normah.

Sebenarnya suara saya yang mirip suara AC Mizal...kahk, kah, kah, Wahab mesti golak tu...Tak apolah..

Sdr Mohd Rashid Yahaya @ Brorey Marantika juga menyatakan akan hadir dan turut bermalam di sana, nak borak sampai pagi. Saya harap Jalil dapat cari Halim Gumpal, no tel dio dah jam dlm hp lamo saya. Iskandar pulak harap dapatkan Sdr Ismail Isa.

Mariani sudah berjaya menghubungi Sharifah Abdullah. Rubiah sudah berjaya memujuk Normah Ali dan Siti Hawa. Hari ini saya akan cari Cikgu Md Sah.

Harap sangat Alias aka cari Lim Wah Joo, Halimah kata dia ada di Bahau buka kedai kasut. Jadi Taukey lah tu. Saya juga akan cuba dapatkan Nordin Baharuddin, dio ada di Juasseh tu.

Untuk kali pertama ini kalau kita dapat 30 keluargapun sudah cukup hebat, tapi rasanya akan lebih tu.

Jokiden

1 comment:

  1. Salam rakan2,

    Potang tadi Cikgu Ms Shah dah datang opis I, burak lamo dgn dio, adolah nostalgia yg dio cito maso form 3, jongkeh kami dek golak..nak tau? Tungguuuuuuuuuuu!!!!!!!! Sharif

    ReplyDelete