GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Friday, January 7, 2011

PHOTO SIAPO NI?

Salam Kawan-kawan,

Tengok photo ni baik-baik, jika ado yang kona dio, sila bagi tahu nanti saya akan bagi hadiah sok.





Hari ini agak meletihkan juga, banyak aktiviti sikit yang terpaksa dilakukan. Maklumlah dah tuo-tuo ni tenaga sudah berkurangan. Amaran harus juga dinyatakan di sini iaitu perkataan 'tuo' jangan selalu sangat di sebut, nanti Jalil akan marah.

"Kito bolun tuo laie.." begitu selalu katanya kepada saya. Memang jika rakan-rakan yang dah lama tidak bertemu dengan Jalil ni, saya mesti mencatatkan di sini bahawa beliau sebenarnya tidak pernah berubah. Beliau masih orang yang sama yang kita kenali 40 tahun dahulu. Ceria, peramah, tidak ego (tarak sombong punyo kaki lo) dan kita akan rasa selesa dikala bersamanya.

Saya sebenarnya tidak pernah berpisah lama dengan Jalil, kami sering bertemu, malah banyak perkara pula yang mempertemukan kami. Cuma sejak akhir-akhir ni, dia selalu sangat keluar dalam paper dan media elektronik, kita faham kerana beliau pegawai bosa di MSN.

Walaupun kami sering bertemu, namun saya belum pernah berkesempatan ke rumah Tuan Hj ini. mengikut rakan-rakan yang pernah ke rumah beliau, rumahnya dipenuhi dengan hadiah serta cenderahati GOLF. mengikut rakan-rakan juga Jalil seorang pemain GOLF yang hebat. Di PD nanti bolehlah beliau bertarung dengan Cikgu Md Zain dan Dr Murad.

Petang tadi, saya dikunjungi oleh Md Shah. Lama kami berbual di Opis kocik saya. Beliau sekarang merupakan pegawai bosa juga dalam Jabatan Pendidikan. Seorang yang berwatak matang, tambahan pula rambutnya sudah sama dengan rambut Sultan Azlan. Md Shah kebelakangan ini mempunyai satu bakat yang amat memeranjatkan kita semua. Saya katakan 'kebelakangan' ini, kerana dulu saya tidak pernah tahu akan 'bakat' tersebut. Sama-sama kita saksikan di PD nanti jika kita bernasib baik.

Dua jam bersama Md Shah pastinya banyak kisah yang sempat kami kongsikan dan antara yang menyebabkan kami ketawa terbahak-bahak ialah kisah dia dengan Lian Fatt. Nak tahu? Tungguuuuu!!!!!!

Md Shah akan hadir bersama Isterinya dan bermalam di Ilham, walaupun beliau telah sedia mempunyai program Jabatan pada tarikh tersebut, namun demi rakan-rakan yang telah terpisah sejak 35 tahun dahulu, maka beliau bersetuju untuk hadir ke Majlis Gala Nite SMBK ini. Untuk program Jabatan tersebut pula, saya mendengar sendiri beliau menelipon penganjur berkenaan memberitahu bahawa beliau akan diwakili oleh Timbalannya.  

"Berapo den kono bayar..? soalnya. 

"Kau hadir dengan isteri yo, maka bilik RM145.00, makan RM60.00, breakfast RM36.00 dan derma RM10.00, semuanya RM251.00" saya menjelaskan padanya sambil menekan mesin pengira. Sayang sekali anaknya tidak dapat turut serta.

"Ok, esok den bayar.." katanya pasti.

Sebelum itu, selepas solat Jumaat tadi saya sempat bertemu dengan Ustaz Nizar Mohd Yassin, yang mengajar kita Agama Islam. Jika ada yang masih ingat suatu hari beliau memberitahu kita bahawa jika sisa makanan di celah gigi termasuk dalam perut kita, maka puasa kita tidak batal...betul ko tu? 

Beliau memberi pengakuan bahawa beliau akan hadir dan sudi membaca doa pada malam tersebut. Nampaknya Mail Isa boleh menarik nafas lega, jika tidak beliau yang saya minta menyediakan doa untuk kita nanti. Tentunya beliau mengelak..

"Den nak baco sajak laie..doa tu biarlah Lieh atau Salim yang baco..duo-duo dah hj den baghu nak poie UMRAH.." katanya cuba mengelak.

Saya juga harus mencatatkan di sini supaya kita sama-sama ingat nanti, iaitu Md Shah meminta supaya dibacakan Al Fatihah untuk guru-guru dan rakan-rakan yang telah pergi mendahului kita menemui yang Maha ESA. Insyaallah.

Kemudian petang tadi juga saya sempat ke rumah Cikgu Zainal Abidin Idris dan saya amat terharu kerana beliau juga akan turut hadir kelak. Akhirnya nanti 3 orang guru kita akan turut meraikan Malam Gala SMBK 69/74 ini. Jika ada yang terjumpa guru-guru kita dahulu bolehlah pelawa mereka sementara tempahan masih belum ditutup ini.  

Dalam menjayakan program ini terima kasih khusus kita seharusnya diberikan kepada Siti Shara. Beliau berusaha bersungguh-sungguh mencari rakan-rakan kita yang telah lama terpisah ini. Kagum juga saya apabila beliau mengatakan sudah berjaya menghubungi Sdr Hasnan dari Bayai tu. Berapa orang antara kita yang masih ingat dengan Hasnan.

Agak menyedihkan ialah apabila tidak ada rakan-rakan yang berjaya mencari Halim Hamid, rakan kita yang sama pintar dengan Tahir suatu ketika dahulu. Ada yang mengatakan Halim bekerja dengan sebuah bank, ada pula yang mengatakan beliau bertugas di Jabatan Kerajaan. Entahlah...namun kita masih menaruh harapan agar akhirnya beliau kita ketemui.  

Di awal tadi saya ada menyebut GOLF, saya bimbang Iskandar akan membuat komen mengatakan pemain GOLF sebagai Golongan Orang Lemah Fikiran. Jangan Kandar..itu mainan orang ada kelas tu..kau lain hanya pandai main guli, mail pula hanya pandai nyanyi lagu 'cang capit'

Mengikut Iskandar dia mempunyai satu penyakit ganjil..jika orang lain minum teh tak boleh untuk tidur, dia pulak bilo tidur tak boleh nak minum teh. Iskandar ni seperti Jalil jugak, jauh merantau hingga ke Australia. Sekali fikir, saya kadang-kadang sayu juga apabila mendapat tahu yang ramai rakan-rakan kita selalu berpeluang ke luar negara, sedangkan saya hanya ke luar Negeri Sembilan saja. Nasib kita sebenarnya semuanya tidak sama. Namun saya tetap yakin bahawa dikala usia telah masuk ke 'waktu sonjo' ni (pinjam istilah Tahir) kita sebenarnya telah cukup matang, lalu tidak ada lagi rintihan di dalam setiap hati kita.

Berpuluh tahun kita tidak bertemu, jauh mana sekalipun kita semua berada, di bumi manapun jua kita bermukim, berapa ramai anak pinak yang kita miliki, berubah juga wajah kita dimamah usia, namun kita tetap di bawah langit yang sama, lalu kita sebenarnya tidak pernah terpisah dan kita tetap di hati senantiasa.

Beberapa hari yang lepas saya berpeluang berbual menerusi telefon dengan Zailah, Wahab, Zarin, Zali, Tahir, Dr Zaha, Normah, Zainun, Mariani, Rashidi, Rashid dan ramai lagi, hati saya bergolak gembira mendengar suara rakan-rakan, anihnya hari ini kerinduan saya terhadap semuanya amat ketara.

Terpandang wajah rakan-rakan di fb membuatkan hati saya dicuit rasa sayu yang mendalam. Pada rakan-rakan lelaki saya merasakan terjalin rasa sayang yang sukar digambarkan. Melihat wajah-wajah rakan perempuan pula, baru saat ini, ketika ini betapa saya merasakan bahawa saya sebenarnya mencintai kalian semua. Mungkin inilah yang selalu dipuisikan oleh kebanyakan penyair silam, iaitu hati kita sebenarnya bertaut antara satu sama lain dalam ikatan persahabatan yang sukar dinyatakan. 

Mungkin ini jugalah yang membuatkan Jalil sering sahaja memenuhi setiap jemputan rakan-rakan, apabila diundang. Beliau jarang menghampakan. Saya tidak berbohong apabila saya memberitahu Zali tempoh hari bahawa saya selalu bermimpi bertemu dengan beliau. Dua orang lagi yang sering mengunjungi saya di waktu lena saya ialah Tahir dan Badariah. Mungkin PNB Ilham Resort menjadi saksi pertemuan kita kali ini.

Catatan ini akan bersambung, Insyaallah. MSA, Seremban.

30 comments:

  1. Siapa gerangannya tu kalau tak silap Zakaria Kalam betul ke Wallahualam...kalau salah minta ampun banyak2.Tapi kalau boto sei tuntut hadiah nanti boleh ke Sharif

    ReplyDelete
  2. Hebat kau boy, baru 3 saat den posting dah hantar komen..tak tidur laie kau rupo ea..namunjawapankan tu salah!!!!!!!!!!!!!!! molopeh hadiah..cubo laie

    MSA

    ReplyDelete
  3. Kau ni boy,asalkan muko lebar, bodan lebar, kau terus kato Zakaria Kalam..ishkkkk..ghamai yang bodan dah leba, malah lobih leba dari Zakaria tu.

    MSA

    ReplyDelete
  4. badan meleba dan kodopan, sei dulu camtulah waktu berumur 40an. pehtu bilo slalu manjek gunung baransur kempis. muko dah bujur balik, tapi tak hensem gak. buek camnolah tak dapek ngalahkan sarep doh.

    ReplyDelete
  5. sorry sharif...I bank in duit tak cukup....tak campur duit breakfast rm 36...nanti I bank in lain...dah tuo2 ni ghigho pun dah tak ghoti...tak nampak tang breakfast eh tu....

    ReplyDelete
  6. salam sharif,
    lupo plak nak toko gmbr tu...
    I main toko yo ni...gmbr zaharin yahya...

    ReplyDelete
  7. xdapek ese nak noko sapo dio ni. yolah ereh macam Doremon pun ado..tapi sapo yor?? bori lah klu sikit, dio ado tak dlm foto (maso sololah yg zainab boritu..

    ReplyDelete
  8. Hehehe..Jawapan Siti Normah tu...cubo laie..yo..ttg duit balance tu tak yah bank ini..kita ada rekod brrapa bayar berapa baki...masa daftar nanti blh bayar habis di kaunter..Otai Tok Perak...dulu dio tombam..kini lebar..

    Kalau Tok Lombago dah ngaku kalah tu ese toghimo yolah..dah monang kan..

    MSA

    ReplyDelete
  9. botullah ct toko tu rep. den dah nengok postee jpg.zarin hehe...kosian ct ko main2kan.
    ct: kito share hadiah leh. sei tau sarep memang tak ponah mukir kalau bojanji hehehe.

    ReplyDelete
  10. Pomonang ea totap satu..keputusan pengadil muktamad.....pandai pulak Tok lombago negok email aaa...

    MSA.

    ReplyDelete
  11. Sharif: Siapo Tok Lembago n siapo pulak Tuk Perak tu.Sei memang patut minta maaf dengan Zakaria sobab salah toko.Si Kandar poi dobik Adnan apo hal lah pulak...itulah tuhan kayo agak ee doa diolah selalu Kandar cikgu salahkan dio...

    ReplyDelete
  12. Macam ni lah nasib ese yang dah lamo merempat di Perak ni.Nak balik kampong motong gotah, bodan dah xtodayo laie, mato dah kabor.Nak nyangkor sawah air pulak xado.Abih nak buek macamano???

    ReplyDelete
  13. sei..dilantik ee dek pengherusi jadi tok sidang tp tak ado tompek..sbb semuo kampung di ulu jompo dah ado tok sidang...pehtu sei gogham,,sei lantik diri angkek tangan sondighi jadi tok lombago yg tak bosuku..sbb yg bosuku sumoe dah ado tok lombago hehe..sarep tlg sodiokan tabir lingkung kek pd sok utk tok lombago hehe.. takdo kono kotulahan kau..jgn main2 jagi pengerusi ni..kono botangging jawab tu..

    ReplyDelete
  14. Mulo ea dio nak guno To Nagho, tp tukar pikiran plak jadi Tok Lombago. Otai Zarin n Wahab. Adnan kono dobik tu, sobab Tok Lombago marah anak buah ea nak kono usik..den maso tu takut bona kek Adnan tu..maso tu remove class, di topi padang bawah pokok ru tu. Memang layak dio jadi Tok Lombago tu. MSA

    ReplyDelete
  15. " Adat Bersondikan Hukum. Hukum Bersondikan Kitab ALLAH. Syarak Mengato , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusio borsuku-suku dan borbangso-bangso untuk kito saling kona mengonali.Ado sopo diantaro kito suku solonggang?
    AWAS! Boyo tombago ado kek pantai pot deksyen

    ReplyDelete
  16. Sei..suku semai, puak yg tinggal pinggiran jalan masuk ko guntor, kehidupan harian mencari petai di hutan2 jeram tengkek. kekadang mencari getah ipoh utk buat racun sumpitan. kemahiran menyumpit dengan kelajuan 50km/jam. nanti aji jalil boleh ambik sei jadi jurulatih sumpitan negara. status penduduk orang asal takleh dipertikai. makan kegemaran sireh. ludah kono tadah (biso) tahap berbisa 124 v/sq mtr. tinggi indeks ee tu. nanti kek pnb ilham sei tunjukan ludah yg dah tokumpo..kalau tak jijiklah.. tapi kok nak mengaso jadi badang, buleh cubo..hehehe

    ReplyDelete
  17. hai pueh kek mengekek soghang2 bilo baco comment2 kengkawan ni....anak pun heghan nengok omak togolak soghang2...apo kono omak ni tegolak soghang2....omak eh jawab....goli hatilah, takkan sakit poghut plak....hehe

    ReplyDelete
  18. Iskandar Hs sei ingat mah..."tak ngoti ckp ghanputih ckp melayu jang"...sbb dio pun tak mahir...kito lagi lak tak ghoti, maklum dari remove class.

    Dr fb tok sidang@tok lombago@tok nagho..itu dio teringat kisah ngan cikgu zul..

    ReplyDelete
  19. Tak boleh ingat kat Md Shah, bilo dio nonga yo oghang cubo nak cakap oghang putih, mulolah mato ea kocik...huhuhu, kik,kik,kik.. MSA

    ReplyDelete
  20. Gambar yang kek topi tu gambar ngan budak ofis, bukan gambar keluarga

    -badariah-

    ReplyDelete
  21. Oooo..maaf tosilap..tulah dalam fb kato 3 lelaki, seorang yo perempuan..bongsu plak tu. Abih can kau wahab..tak po MSA

    ReplyDelete
  22. Takpo..budak ofis ko, budak pejabat ko janji pompuan. kalau lelaki tak jadi deh do, yo tak wahab. maksud ee.. tak jadi isteri doh. jadi suami lak deh. ko tu wahab dan jadi suami tak kan nak cari suami lagi...golo deeh. (usman awang kato "begolo deeh)

    yolah..sei nak sambung cito sei suku semai......
    dulu2 sei pakai cawek..tu yg malu nak tackle makwe tu (dulu pangey mambang)jgn golak an sei lak sbb.zaman sekarang pun ghamai juga yang pakai cawek (dalam slua lah), tapi kalau superman pakai cawek diluar seluar. poleklah sikit.,tapi langkah kontigensi tu kalau cawek kuyak ado slua menahan. tapi kalau pakai cawek sajo.. tahan ngan kulit "...." yolah...soba yolah.
    Penyakit yg sei takut amek ialah "busung" bilo nongar yo penyakit tu..monggolota solughoh bodan. nauzubillah..siahpalih.
    tapi yg polek lak org lopeh kawin slalu kono penyalkit nie. Tapi ado sakit yg paling sakit, sok sei bagitau.

    ReplyDelete
  23. ESE PULAK TAK PONAH PAKAI SPENDAR BILO NAK TIDOR, RIMEH RASO EA, BIASO NYO ORANG POMPUAN YG KONO BUSUNG SAMPAI 9 BULAN, ITU BUATAN ORANG NAMO EA...TAPI LAKI DIO SUKO SOBAB LINE SONTIASO CLEAR...

    ReplyDelete
  24. Asik nak ngonoan den yor, betambah kocik jadi sei, kawan2 lain somo ea gunjai belako

    ReplyDelete
  25. Se ghaso se kona wanita yag bersmo suami ee gambar terbaru yang disuruh sharif toko tu..muko ee bulat bulat putih orang ee..kalau tosonyum togolek kau rep..bukan ghobah lai doh, manih sonyum ee lobih manih dari gulo stevia yang xdo calory tu..dia goma togolak..bilo bocakap kekadang xpaham sobab cakap bosulamkan golak, mudah mesra, baik ati, kawan baik se maso skolah dulu..RAMLAH HUSIN..boto tak

    ReplyDelete
  26. ooo.Ramlah ghupoee. kekadang tak paham pun dio togolak yg dio paham pulak dio tak togolak..tp jgn byk togolak nanti kata mariani togolek (ckgu zul kato tergelat) haha..soba yolah.

    ReplyDelete
  27. Bab noko monoko ni toklombago dan mariani memang handa..sok hadiah tu kongsilah yo. sharif.

    ReplyDelete
  28. Toghimo kasih zamrus kerana sudi dtg dan telah bank in..MSA

    ReplyDelete
  29. Eh Rep apolak hadiah kono bagi 2 lak..bagi kek se yo, tok lembago tak yah...dio kayo..biar anak buah ee yo dapek..kakaka..gurau yo rep jgan marah..hadiah bukanlah taruhan tapi kemesraan dan gurauan sebegini amat memberi makna pada persahabatan kita semua..blog ini dan photo form 3 by Siti Normah dlm FB telah menemukan kita semua..terima kasih pada CT Normah dan technology IT terkini..membaca komen komen dlm photo form 3 membuatkan kita terasa 40th lebih muda..terasa seperti kita dizaman persekolahan dulu..alangkah manisnya kita dizaman remaja..

    ReplyDelete
  30. Rip, Se raso golar Tok Lombago atau Tok Nagho tak sesuai. Se cadang Golar Tok Gompo (Gompar) Sobab dek gompar kaulah ni yang ruunion ni jadi. Kalau tidak pakai golar Tok Poghobo (Purba) tapi kang kok ado lak yang salah pronoun Tok Peghabo.Haru jadi ee. Bang apolah, janji suko.
    Wahab, soal cawek tu tak ponting, asalkan jangan tak pakai apo-apo....jangan imagine!!!

    ReplyDelete