GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, January 24, 2011

KENANGAN TERINDAH....KAU DTG DAN PERGI..............

Assalamualaikum, debaran dan goncangan perasaan telah berlalu, setelah smpai dirumah pd jam 1.30tgh 23/1/2011, baru saya merasa lega, kenduri telah pun selesai, hanya hati masih terasa sayu seolah-olah ditinggalkan mcm tak kan bertemu lg. Itulah adatnya, jika ada pertemuan mesti adanya perpisahan.Disini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Pengerusi dan AJK program Reunion SMBK69/74 yg telah memberikan kerjasama bersama2 menjayakan program yg sungguh bermakna ini. 

Kejayaan Malam Gala Nite SMBK yg lalu adalah kejayaan kita semua, bukan hanya kami AJK sahaja yg bertungkus lumus tetapi kami mendapat juga beberapa kerjasama dr kwn2 sebelum itu, untuk lebih memantapkan program tersebut.Walau mcm mana pun mungkin terdpt sedikit atau beberapa kekurangan yg tak dpt dielakan, kami (AJK)memohn maaf. 

Saya juga memohon maaf kpd rakan2 dan keluarga sekiranya tidak dpt memberikan layanan sepenuhnya pd hari tersebut, kerana kesibukan. Dgn terus terang saya nyatakan bahawa saya berasa khuatir disepanjang masa itu memikirkan adakah program ini berjaya atau tidak. Saya tau dan saling pandang memandang diantara satu sama lain (kalangan AJK) mungkin semuanya memikirkan apa akan jd dan apo nak jadi nnt. Saya melihat muka Tn Pengerusi Penganjur, Tn Pengerusi Majlis, dan AJK2 yg lain, saya rasa mereka pun berfikir seperti apa yg saya fikirkan. Tetapi kami tetap senyum dan bergurau senda seolah2 tiada apa yg berlaku. Memangnya ketika itu kami inginkan paduan tenaga yg amat kukuh utk melaksanakannya, berbuih mulut ini saya mengarahkan dan mengingatkan anak2 saya akan tugasan2 mereka supaya tepat pd waktu dan jgn ada sikit pun kecacatannya. Begitu juga yg saya lihat terhadap Tn Pengerusi, die sentiasa memantau anak2nya dan anak2 buahnya menguruskan hal2 urusetia, tanpa mereka2 ini juga lumpoh juga tenaga kami. Begitu juga dlm hal2 persembahan sdr Rashid dan anak2nya dan Sdr Rashidi dan anak2nyajuga memberikan kerjasama bg membuat persediaan pentas didlm dewan pd ketika itu. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan pada mereka semuanya. Semuga kerjasama yg diberikan akan berpanjangan dimasa kan dtg.

Saya rasa Tn Pengerusi majlis or MC pd mlm itu, pun gabra jugak, tapi dia pandai melindugi kegusaran di hatinya dgn berseloroh dan sebagainya.

Pak sedaro or toklombago,or toksidang saya kelihatan mundar mandir, mcm kucing hilang anak, agak ee diopun fikiran cacamarba yo, bak kata org gelisah yo, sonyum pun mcm buek2...tapi dio penyojuk org eee mcm tn pengerusi gak....

Tn Pengurus persembahan samo yo, sbb mungkin die fikir jd ke, tak jadi ke agak ee mlm ni, tambah lak mlm tu dio nak bersajak dopan Tn Pengetua.....

Dengan ini saya, Tn Pengerusi dan AJK pd 1st Reunion SMBK yg lalu akan membuat post mortem utk lebih memantapkan pd program yg akan dtg, kerana dr feed back yg saya lihat ramai yg inginkan program ini diteruskan. 

Keputusannya takdolah kami berlimo yo yg bereunion tetapi kita sudah bereunion dgn ramai seramai 128 org.  Alhamdullilah.

Sekian, ampun dan maaf dr saya semuga dipanjangkan umur kita berjumpa lagiiiiiiii.

drp: Siti Shara A.Kadir

2 comments:

  1. Terima kasih Shara kerana menulis "Kau datang dan pergi.." Saya anggap itu bagi pihak Pengerusi. Jika saya menulis pun itu jugak yang akan saya sebutkan. Tanpa rakan-rakan siapalah kita. Saya masih perlukan sedikit masa untuk menulis sesuatu. Perasaan ini masih belum reda. Saya tidak mahu menulis dalam suasana emosi tidak menentu.

    Entah apa yang saya sayukan saya pun tak pasti. Masa Wahab minta izin untuk balik..kami berpelukan, kemudian tangan kami bertaut seolah-olah tidak mahu berpisah. Kali ini lain..pada hal masa sekolah saya dan Wahab bukanlah rapat sangat.

    Jika ada rakan-rakan yang bertanya ttg perbelanjaan..jumlah yang saya bayar pada PNB ILHAM seperti yang tertera di resit ialah RM11,520.00. Jika dicampur dgn sumbangan khas dari Setiausaha, Siti Normah, Latifah, Rashid Zainab serta rakan-rakan mungkin cecah RM15.000.00. Jika keseluruhan perbelanjaan oleh rakan-rakan mungkin jumlah yang terlibat melebihi RM45,000.00. Hebat kita.

    Jumlah keseluruhan akan saya paparkan kemudian nanti.

    TQVM. Pengerusi.

    ReplyDelete
  2. Maaf Bang, saya tunggu2 u tak kuar2 kat FB dan blog, sei dah agak u masih tak dpt lg berbuat demikian, dan sei dah agak u masih merasa kesayuannya lg. So esei mulakan jugak membuka mukadimahnya utk mengisi ruangan dan apa yg tersemat dihati ini..apa2 pun segala usaha kita DAH BERJAYA......kejayaaan ini kejayaan bersama- kpd Sdr Jalil,Pak sedaro, Mael, Rashid, rashidi dll kito usaha lg......

    ReplyDelete