GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, January 10, 2011

Kenangan yang Hilang

Sebelum Ramadhan tahun lalu, kerana rasa kerinduan yang amat sangat, saya telah ke SMBK. SMBK telah banyak berubah, terutama di bahagian hadapannya. Padang yang menjadi kenangan sukan dan permainan sudah berubah wajah. Namun masih terdapat sudut-sudut yang mencetuskan kenangan. Saya ke Tingkat 1, atas pejabat, Kelas kita sepanjang Tkt. 4 dan 5. Saya cuba mengingatkan siapa duduk di meja mana. Hilang...semuanya tak dapat lagi diingat. Yang ingat hanya wajah dan gaya guru yang masuk mengajar. Ramu Naidu (English), Tham Weng Hon (Maths), Hj Md Zain (Sivik), Ustaz Yaasin/Ayub (Agama). Yang lain tak sure dah. Duduk di verandah dan melihat ke bawah, macam terpandang-padang kawan semua sedang sibuk di bawah. saya bertemu Hj. Alias Md. Zain. Kami ke kantin dan berbual. Kerinduan pada kawan semua bertambah ketika berbual dengan Hj. Alias. Nordin, Sharif, Salim, Arwah Badaruddin, Halimah, Mad. Shah, Zainun, Badariah dan ramai bermain di bibir kami. Banyak kenangan yang kehilangan diingatkan oleh Hj. Alias. Keinginan untuk reunion ada tetapi tak tahu macam mana nak mula.

Sebelum pulang, sempat menjenguk kawasan sekolah. Makmal sains, kompleks sukan tempat assembly. Lama juga termenung cuba mengimbau kenangan. Sedang duduk termenung, saya ditegur seorang guru. Dia mengenali saya. Rupanya murid yang saya ajar di SMBK kini dah jadi guru di SMBK!

Kenangan banyak hilang sebab sejurus saya tamat sekolah, ikut ayah pencen jawatan penghulu balik kampung di Tanjong Ipoh dan belajar di ITM. Saya kembali ke SMBK 82 sebagai guru, tetapi SMBK jauh berubah ketika itu. 2 sessi dengan murid lebih 2000 orang. 1986, saya meninggalkan SMBK beroindah mengajar di Tanjong Ipoh. selepas itu SMBK hanya tinggal kenangan.

saya ada jumpa Sharif sekali-sekala. Dia ada melawat saya di UiTM Melaka. Kami makan bersama. Lepas tu hilang...lost contact. Md Shah, Salim, Arwah Badaruddin pun ada sekali sekala sebab sama Cikgu. Namun selepas jadi Pensyarah, semuanya tinggal kenangan.

Alhamdulillah, bila jumpa Sharif baru-baru ni, dia suruh buka akaun FB. Bermulalah babak baru dalam erti persahabatan ini. Siti Shara, Jalil, Hj Alias, Murad, Normah, Tahir Mariani, Halimah, Wahab, Latifah dan ramai lagi, membuka semula sebahagian kenangan yang hilang. 22 hb. PD akan jadi tarikh keramat sebab ia sangat bererti. Tarikh ini seolah menemui kembali sesuatu yang sangat berharga yang kehilangan hampir 40 tahun.

Saya bersekolah di Batu Kikir, bukan tempat tanah tumpah darah. Saya di Batu Kikir hanya satu babak dalam kehidupan ketika ayah bertugas di Serting dan Juasseh. Selepas itu kembali ke tempat asal, Kg. Tanjong Ipoh. Saya tidak ada 'childhood friend' zaman kanak-kanak di Tanjong Ipoh. Batu Kikirlah zaman childhood saya. Hilangnya sahabat di Batu Kikir bagai merampas keindahan kehidupan kanak-kanak dan remaja saya pada ialah zaman yang paling menyeronokkan.

Terima kasih Sharif, Jalil, Iskandar, Siti Shara, Ismail Mad Isa atas segala usaha murni ini.  Sebab reunion ini sangat bermakna bagi saya. Saya harap ia akan mengembalikan kenangan zaman remaja saya yang kehilangan. Berjuma semua di sana...........shidi

1 comment:

  1. Tq shidi, coretan ini mengimbau kembali kenangan silam, Tahir sudah menulis, Jalil sudah menulis, harap rakan2 lain akan turut menulis menjelang malam gala nite smbk ini..sharif

    ReplyDelete