GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Wednesday, January 12, 2011

GHOBAH!!!!!!!! DI PD

Toko photo sapo ni..jiko topat..sah dapek hadiah di PD nanti




Toko lagi, yang ini sapo boto toko laie bosa hadiah eaa


Salam kawan-kawan,

Dah hampir jam 4 pg ni, mata tidak boleh lena. Semasa di Ilham tadi Jalil asyik bercerita yang dia masih belum tidur sejak semalam. Pengalaman lalu mengajar saya bahawa jika tidak boleh tidur, tidak usah risau apa-apa, buatlah sesuatu untuk memenuhi waktu.

Ramai yang ingat bahawa Halim Othman pernah mencatat rekod tidak tidur dan asyik bercoloteh di radio hampir dua hari dua malam. Sebenarnya saya telahpun memecahkan rekod beliau tersebut, tetapi tidak siapapun peduli atau lebih tepat lagi tidak ada yang tahu selain dari keluarga saya.

Saya buka fb dan tengok komen rakan-rakan, Dua malam yang lalu isteri saya telah tegur kerana dia asyik tengok saya sonyum sorang-sorang bila menghadap komputer. Siti Normah pun begitu, ngekek sorang2. Tapi saya yakin kawan-kawan jugak waktu mencatatkan sesuatu di fb tersebut pastinya sonyum sorang-sorang terutamanya bila menulis perkataan 'ghobah'

Meeting AJK tadi nampaknya berjalan lancar. Yang hadir ialah Iskandar, Mail, Rashid, Siti Shara, Rubiah, Ahmad Yusri dan Jalil. perbincangan kami secara tidak formal, namun berkesan maklum saja semuanya 'berpengalaman' Saya menilai semua rakan-rakan AJK sebagai sangat hebat. Walaupun bermesyuarat secara santai, kami berusaha untuk menghasilkan yang terbaik untuk majlis kita ini. Doakanlah.

Perkara yang amat kami tekankan ialah setiap keluarga mesti membawa hamper, kerana kami bimbang ada antara rakan-rakan yang tidak membawa pulang hamper nanti. So pls bring along one with you but nobody will stop you from bringin more.

Selesai meeting kami melawat sekali lagi bilik-bilik, saja Jalil dan Rubiah nak tengok. Kemudian kami pergi makan. Terima kasih Jalil kerana bil makan dan minum pada malam ini beliau yang bereskan. Saya dan Kandar biasalah bila bab nak bayar-bayar ni, cepat-cepat panggil pelayan suruh kira dan buat-buat nak keluarkan dompet, acah nak bayar...





13 comments:

  1. Ese nak toko gambar yang ateh tu Hasidin Kasim, tapi yg bawah tu, xdapek dor sobab nampak macam mudo bonar.

    ReplyDelete
  2. salam sarif,
    ese nak toko gmbr yg sobolah bawah tu, gambar tu gambar anak hasidin, farahiyah, tak silap namo eh....gerenti boto ni...hehe.
    hadiah bosa yeh yeh....

    ReplyDelete
  3. salan sharif,
    pembetulan....namo anak hasidin tu faradahiyah tosilap plak...

    ReplyDelete
  4. iyolah rep tak lolap tido dibuek ee. maklumlah bogholek bosa bak kato kato cikgu zul bergelat . sei lak balik sampai ghumah kul 1.30 pagi, tp no hal, leh tido. pehtu bangun kul 5.30 pagi nak g gonting...ok ma.

    ReplyDelete
  5. Sah, Gambar Hasidin. Mintak hadiah. Terima kasihlah Rip, Jalil, Kandar, Rashid, Mail, Siti and Rubiah kerana bersusah payah demi reunion ini. Tanpa suadah payah U all, semua ni takkan kesampaian. Hamper memang dah siap sodio dah ni. Cuma tongah mikir kan untuk cikgu-cikgu yang akan hadir pulak ni.Anak kat Universiti 2 orang tu tak dapat confirm lagi nak hadir. Tongah tunggu. Se mintak juga diorang hadir bia di tengok ee somua kawan ayah ee.

    ReplyDelete
  6. Kali ni nampak eaa pandai pulak kengkawan noko gamba di atas. sumo boto..paghah nak sodiokan hadiah ni..tapi takpo se totap sodiokan..hasidin tu kalau sapo tak ingat..dio lebih dulu jadi prof daripada shidi..maso form one laie se dah call dio prof..nak tau sobab ea? tungguuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Otai Tok Wahab ni ado phobia ko dgn oghang mudo..dgn calun monantupun dio tak kona..mcm mano nak bobesan ni..

    ReplyDelete
  8. tak buleh tonung lamo lamo sangat kek anak daro prof sidin tu, kang kok juling pulak mato..

    ReplyDelete
  9. kalau buleh nak tengok nostalgia zaman retro kito dulu..masa tu..form 1..ado talentime SMBK, Tahir Kasim & CT Hawa yanyi...se nak tengok balik camano Tahir ngelintin2 (showmanship dio lah tu..)diatas pentas SMBK sambil menyayikan lagu "yellow river", CT hawa plak nyanyi lagu "hello" dengan gaya slowmotionnya (ikut tune lagu slow..)mak aai molopong masing masing mendongar dongan ponuh khusyuk tawaduk..masa tu memang keduo celebrity tu tongah top..molotup lotup..pendek kato solopeh talentime tu semuo warga SMBK kona keduo2 penyanyi popular ni..sok gala nite..mintak keduo2 ni nyanyilah balik lagu2 tu..

    ReplyDelete
  10. wahab ..sei ingat dulu bilo org tu memato juling ..kita kobaan dio mandang pilah nampak bahau..tp sokarang ni ..mandang england nampak amerika...

    ReplyDelete
  11. Hab, cakap kampung ee juling ni pandang pilah nammpak bahau, Tok Lombago tu global sikit sobab pandang england nampak amerika. Tapio juling glokal pulak lain....ni mano-mano pakai. Yang dikatokan juling glokal itu pandang ateh nampak bawah.

    ReplyDelete
  12. Pandang ateh nampak bawah toghus ghobah!!!!!!!msa.

    ReplyDelete
  13. Toghimo kasih Mariani kerana dah bank in pagi ni...Rokiah atib jugak akan hadir..

    ReplyDelete