GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Wednesday, January 5, 2011

KE ILHAM

Salam Kawan-kawan, 

Petang tadi saya dengan Iskandar, Siti Shara dan Mail Isa telah ke Ilham Resort untuk mengfinalkan tentang Majlis Reunion SMBK 69-74. Masa yang kami habiskan bersama ialah kira-kira 4 jam. Pada kebanyakan masa saya, Iskandar dan Siti ceria je, hiruk pikuk dalam kereta.

Mail pada kebanyakan masa hanya sengeh-sengeh dan sesekali je menyampuk. Hanya kira-kira 5 minit sebelum saya turun dari kereta selepas menghantar Siti Shara, barulah Mail terlebih gembira. Kenapa begitu? Kisahnya begini.

Tarikh 22 HB ialah tarikh pemergian Mail ke Mekah menunaikan UMRAH, Iskandar tahu tentang itu, tapi saja tak nak bagi tau kami. Dari mula perjalanan kami hanya bercerita tentang tarikh 22 HB, Mail pun tak mahu kami rasa kecewa yang dia tak dapat turut bersama.

Bila Siti Shara turun, kandar tanya Mail jadi ko buat UMRAH..Jadi...Sayanglah tak dpt hadir...Kandar ingat Mail nak pergi 22 Jan, sedangkan Mail pulak ingat majlis kita 22 Feb..Jadi apabila disahihkan yang tarikh majlis 22 Jan dan tarikh Umrah 22 Feb, maka Mail boleh hadirlah majlis ini..Itu yang macam nak roboh kereta dek golak tu..

"Sobab tu dari tadi den diam yo..frust..ingatkan majlis ni 22 Feb...kalau 22 Jan  den kompem sebuah rumah datang...tak ado masalah..den akan nyanyi sok lagu cang capit.." kato Mail. Dah nak sampai rumah saya baru Mail ceria...aiyo tak botanyo secaro sahih.

Tentu ramai yang telah pernah menginap di PNB Ilham Resort ni. Terletak di Batu 10 Jalan Pantai Port Dickson, lebih tepat lagi di Blue laggoon atau Tanjung Biru. Bertaraf 4 bintang, selalu dipenuhi oleh pegawai dan kaki tangan kerajaan untuk mengadakan kursus.

Pengurus pemasarannya  Cik Zuraidah melayan kami sambil kena teh tarik. Bilik penginapan ditawarkan dengan harga yang paling istimewa hanya lebih sikit daripada Hotel Seri Malaysia, Kita berjaya mendapat 1 unit 2 room apartment, 12 unit 3 room apartment dan 3 unit 31/2 room apartment.

Sesiapa yang hendakkan privacy lebih, ambilah satu unit apartment untuk keluarga, tak payah kongsi dengan yang lain. Jika berkongsi pulak cuma kongsi ruang tamu je. Bilik air tak perlu kongsi kerana setiap bilik ada bilik air. Ruang tamunya luas boleh lepak 10 orang senang-senang je. Hal bilik ini biar saya yang aturkan, rakan-rakan ikut jelah tanpa bantahan. Ini akan memudahkan urusan kita.  

3 comments:

  1. Salam,
    Boto lah u Mail, smpai ati tak bg tau, esei ingat2kan u turut serta samo nnt...yolah poi lah umrah tu,itu lebih afdhal lg, reunion ni dilain maso buleh lae, hanya esei rasa kecewa gak u tak dpt bersama, walau camno pun u dah tunjukkan usaha kerjasama bersama2 kito walau pun pd hakikatnya u xdpt bersama nnt, syabas....

    Perkhabaran ILHAM RESORT:

    Mengenai bilik nmpknya memang bagus, sesuai dan selesa. Suasana sekeliling memang elok sgtlah utk bersantai2. kpd kwn2 yg dah pernah dtg n menginap disini memang tau dah.
    Dewan utk acara kemuncaknya, bagus jugak - pihak resort akan mengaturnya mengikut arahan Pengerusi.
    Makanan juga OK, list of menu akan di putuskan oleh Pengerusi.
    Perkara yg lain berkaitan, akan kami aturkan dan dibereskan di pihak kami, semuga kwn2 dpt memberi kata sepakat bg menjayakan program ini.

    Apa yg kami mahukan agar kwn2 dpt memberikan nama2 yg akan hadir di blog ini, bg memudahkan kami mengatur segala2nya, mengenai bilik2, makan,dan acara dlm dewan pd majlis itu nnt.

    Kerjasama kwn2 sgt diperlukan segera.

    ReplyDelete
  2. esei pun dah salah paham, kato bang sarep en mail poie bukan 22.1.2011 ni,apo lae sonyum smpi ko tolingo lah nmpk ee....hehehe,....leh lah join reunion ni.

    ReplyDelete
  3. Ese ado jumpo Zarin (torontang)0175041500 dan dah bagi tahu dio ttg program ni. ado respon positif dari dio. skrg ni dio kojo dgn syarikat IWK cawangan Manjung.sapo2 yg balik Koru atau Majau atau Jelutung mesti lalu kg dio.

    ReplyDelete